Landing Page

Madu Kelulut 100% Asli

Di ternak di ladang yang bertempat di Segamat, Johor,  Madu Kelulut keluaran syarikat kami adalah 100% asli tanpa sebarang campuran asing. Khasiat serta pengambilannya sebagai makanan kesihatan tambahan sememangnya tidak disangkal lagi dan diyakini halal.


Kebaikan Madu Kelulut

Terdapat beberapa khasiat madu kelulut untuk kesihatan kita berdasarkan kajian-kajian sains perubatan.

Bersifat Anti-Kanser

Hasil kajian makmal mendapati madu kelulut boleh mencegah perkembangan kanser kolon dan membunuh sel kanser dalam hati. Sabatian fenolik dalam madu kelulut turut mempunyai ciri-ciri antikanser. Kuersetin, apigenin, krisin dan luteolin adalah sebatian polifenol dalam madu kelulut yang mempunyai kesan antikanser.

Bagus Untuk Diabetis

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan mendapati madu lebah mempunyai kesan antidiabetis. Pada tahun 2017, kajian telah dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Malaya mendapati madu kelulut juga turut mempunyai ciri-ciri antidiabetes dan turut berpotensi melindungi pankreas daripada rosak atau gagal berfungsi. Madu kelulut juga didapati mampu mencegah enzim-enzim yang menyebabkan peningkatan gula dalam darah lebih baik daripada madu lebah biasa.

Menyembuh Luka Secara Semulajadi

Madu mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Fakulti Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapati madu kelulut turut berupaya untuk menyembuhkan luka. Antioksidan dalam madu kelulut bertindak memutuskan rantaian radikal bebas yang boleh mendatangkan kesan buruk pada kawasan luka. Manakala, sifat antibakteria dalam madu kelulut mencegah jangkitan bakteria dan mempercepatkan penyembuhan.

Boleh Merawat Sakit Mata

Madu kelulut boleh digunakan untuk merawat sakit mata seperti keradangan. Keradangan atau konjunktivitis pada membran halus yang menutupi bola mata dan lapisan kelopak mata. Tanda-tanda konjunktivitis ini termasuklah mata menjadi merah, gatal pada mata dan mata berair.

Kajian makmal yang dijalankan di University of Cape Coast, Ghana mendapati madu kelulut dapat menyingkatkan tempoh jangkitan pada mata akibat daripada bakteria Staphylococcus aureus dan Pseudomonas aeruginosa. Selain itu, satu kajian makmal mendapati titisan madu kelulut kepada tikus yang mempunyai katarak mata menunjukkan kelewatan dari segi perkembangan katarak.

Meningkatkan Kesuburan

Secara umumnya, madu mempunyai khasiat kepada kesuburan dengan menambahbaik hormon yang berkaitan dengan kesuburan. Kajian yang dijalankan terhadap madu kelulut mendapati madu kelulut boleh meningkatkan kualiti sperma dalam tikus yang mempunyai masalah kencing manis. Kajian-kajian makmal ini menunjukkan kebaikan madu kelulut yang memberi manfaat kepada manusia. Kajian-kajian klinikal yang lebih lanjut harus dijalankan untuk mengesahkan kesan yang sama terhadap manusia.

Mampu Kurangkan Berat Badan

Pada tahun 2018, satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia, madu kelulut didapati berkebolehan untuk mengurangkan berat badan tikus ujikaji yang mengalami obesiti. Hasil kajian menunjukkan penurunan berat badan serta penurunan kadar trigliserida dan kolesterol LDL (kolestrerol jahat). Madu kelulut juga turut menunjukkan sifat perlindungan daripada kerosakan hati dalam kalangan tikus yang obes tersebut.

Mencegah Jangkitan Bakteria

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Universiti Malaya mendapati madu kelulut menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria jenis S. aureus, E. coli dan P. aeruginosa. Bakteria-bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan pada kulit, cirit-birit dan juga jangkitan pada paru-paru atau darah.

Madu kelulut menunjukkan kesan antibakteria tanpa pengaruh daripada hidrogen peroksida. Ini menunjukkan sifat antibakteria madu kelulut ini adalah kuat, malahan lebih kuat jika dibandingkan dengan madu manuka yang berasal dari New Zealand dan Australia.

Menjadi Pelembap Semulajadi

Madu kelulut juga mempunyai ciri-ciri pelembap. Kehadiran komponen seperti gula, protein, asid laktik, gliserin, propilena glikol dan sorbitol dalam madu kelulut menyumbang kepada sifat pelembapnya.

Dapatan kajian ada yang menyatakan gabungan antara vitamin B,E, K dan mineral kalium, fosforus serta kalsium turut menyumbang kepada kelembapan madu ini. Ciri-ciri pelembap berguna untuk penyembuhan luka. Madu kelulut mempunyai lembapan yang lebih tinggi daripada madu lebah yang lain. Lembapan disekeliling luka penting bagi mencegah jangkitan baru dan mewujudkan kitaran oksigen yang berkesan.

Baik untuk Kesihatan Otak

Madu kelulut juga menunjukkan potensi yang baik untuk kesihatan otak. Kajian tingkah laku terhadap haiwan mendapati madu kelulut boleh mengurangkan keresahan dan melemahkan penyakit berkaitan otak.

Proses Yang Sempurna

Bagi memastikan pelanggan mendapat madu yang berkualiti, setiap aspek pemprosesan dijaga rapi.

Pemilihan Baka

Kami memilih kelulut yang terbaik bagi proses pembiakan.

Pembiakan

Menggunakan teknik dan teknologi yang terkini.

Pengekstrakan Madu

Proses yang sangat berhati-hati bagi mengekalkan kualiti madu.

Pembotolan

Menggunakan botol yang berkualiti untuk kemasan terakhir.

Kelulut Dalam Keratan Akhbar

Keratan akhbar tentang kebaikan madu kelulut yang telah diiktiraf oleh banyak pihak dan industri ini sedang berkembang pesat.


Harga Promosi!

Khas untuk anda, sekiranya buat pembelian hari ini!





pembekalmadu.com © 2021. All Rights Reserved.